Tuesday, July 31, 2007

Selamat petang!~ Jika anda pengunjung setia "BLOG" MMUSCC FC, anda sudah pasti lali dengan celoteh2 para-para pendengki MMUSCC FC yang dok kalut di chatterbox kami. Sudah jelas lagi terang benderang ada jugak mahkluk perosak yang dok jeles ngan MMUSCC FC. Bebudak hostel pun nak di maki hamun nyer. Relax leww brader2, ada bran lawan bola leww jangan dok kalut buat kecoh kat chatterbox kami. SEMAK tahu tak? IP address mereka2 ni sudah dikenalpasti. Oleh itu, kalau masih ada yang dok dengki lagi...zelayannnnnn!~
Kali ni, kami pamerkan gambar salah seorang pemain MMUSCC FC yang cedera parah akibat hentakan kuat masa frenly dengan IU FC. Hua hua hua. Semoga sembuh dengan segera kehendaknyer!~

Masa tengok balik gambar2 friendly match hari tu, boleh plak terlepas nak letak gambar aksi bebas antara MMUSCC FC ngan IU FC. Gambar aksi bebas seorang dari pemain IU FC paling mengeletek hati! Tahniah kerana anda berjaya ditonjolkan di BLOG MMUSCC FC ini.

Lain kali, bila sesi bergambar aksi bebas, aksi sapa paling bangang akan dipamerkan di sini. Sekian terima kasih!~
Majulah sukan untuk negara. Jangan gado gado...!~ =P
Monday, July 30, 2007
Selamat petang! Kali ini nak promote sikit jersey utk MMUSCC FC. Tema warna hitam dan merah. Memang tema SCC tahun Ordosh adalah hitam dan merah lah. Cun okay! Memang menarik la. Designer for the jersey is Apek (sesapa nak buat bunting,banner dan lain2 utk design boleh la mintak Apek). Jersey bawah ni utk players MMUSCC FC jer.

Yang bawah ni pulak adalah t-shirt utk fanclub. Ader dalam 3 warna. Bagi sesiapa nak jadi fan atau ingin memiliki t-shirt di bawah untuk di pakai masa menyokong MMUSCC FC dalam setiap perlawanan mereka, boleh bagitau NAMA dan SIZE (S,M,L,XL,XXL,XXXL) yang korang mau. Sila YM! ke moschino_44@yahoo.com (SHA) ataupun bagitau sendiri dekat member2 SCC dan player2 MMUSCC FC yang lain SEBELOM HARI JUMAAT ni. InsyaAllah baju akan siap selepas cuti. So, cepat cepat la weyh!


Untuk perhatian, logo SCC tidak pernah ditukar sejak sekian lama nyer. SCC masih menggunakan lago lama mereka yang warna kuning tu, cuma untuk logo football club under SCC ni sahaja diubah logo bagi mengikut kesesuaian. So, diharapkan sesiapa yang rasa sedih tuh tak perlu lah sedih lagi sebab pasukan bola ni pun main under organization SCC. Seharusnya rasa gembira dan bangga towards them alright! President SCC (Ordosh) sendiri telah memperjuangkan football club ini untuk dijadikan reality, now dah dimakbulkan, syukran syukran =)
Sebarang pertanyaan dan cadangan untuk membangunkan pasukan MMUSCC FC boleh diemailkan ke mmuscc_fc@yahoo.com ataupun tinggalkan jer soalan anda di chatterbox di belah kanan sana. InsyaAllah akan dilayan. Kami memang suka zelayan orang (Softcore Jokes)
Next match MMUSCC FC akan diupdatekan di bahagian UPDATES. Sila check blog ni dari masa ke semasa untuk sebarang news. Nanti mai datang support okay!
Sekian, majulah sukan untuk negara =)
Perghh, MMUSCC FC menang lagi...menang lagi! Kali ni lawan IU FC. Masing-masing sama hebat. MMUSCC FC dapat score 2 bijik. Walapun Amad punya goal di kira sebagai offside, kami terima dengan redha. Kalau tak dah tibaii 3 goal dah. Kali ni agak hangat jugak match sebab takder refree kan so macam ader lah sikit perbalahan tapi kami mantain jer. Sebab nama pun friendly match. Dah cukup bagus lah takder gado-gado =)

Semua players MMUSCC FC kali ni agak hebat jugak. Match dengan IU tadi nampak pemain-pemain MMUSCC FC yang baru dibeli (sangatt..) sangat berpontensi. Antaranya
Jenglot dan
Man. Main masyuk habis tadi. Syabas weyh!
Tadi padang agak basah so macam limited sikit la pergerakkan. Agak frust jugak bila bola bolos. Takper ar, asalkan menang sudey!!
Blog ni akan di-update dari masa ke semasa. Banyak lagi tak bubuh antaranya fotopages . Nanti gambar2 match korang mahu boleh ambik dekat sana.
Fanclub jugak dibuka. Sapa2 nak join dipersilakan. Taded bayaran diamik. Fanclub kami jugak ada baju tersendiri. Rugi la weyh sapa tamau join....
MMUSCC FC telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan Legacy di mana MMUSCC telah menang bergaya 4-1. Penjaring pada hari itu adalah Ayie, Bulu, Kuitho dan Ordosh. Walapun manager telah meletakkan pemain2 second team pada masa itu, tetapi corak pemain masih lagi konsisten. Yang paling penting tiada gado-gado! Huhahuha. Tapi memang best cara main dan agak relax. Tahniah buat MMUSCC FC.

Akan tetapi, kami juga telah mengimport pemain luar memandangkan banyak pemain kami yang pulang ke kampung halaman pada minggu lepas.
Tahniah buat MMUSCC FC, so far so good. Keep up the spirit!